2 in 1
Salam~
wah2...apekah??? milo ke?? syampu??
bukan 2 in 1 yg tu ye...(milo pon 3 in 1 sbnrnye..)
harini nak cter pasal 2 bende tapi malas nak tulis 2 post..so sekali kan je la ek

ok....tad Bea wat cekodok..
ak tolong goreng je...hehe...
dalam cekodok tu ad soda bikarbonat...nak resipi cekodok bea?? singgah sini
ha....kan selain soda bikarbonat, ada jugak baking powder...
aku tertanya-tanya..apekah bezanya mereka ni?? kan dedua2 nak bagi kembang..kat dalam resipi kek kukus aku haritu ada dedua...nak resipi kek coklat kukus?? singgah sini :P
ha....jadi apakan beza kedua-duanya??
time cari2 resipi kat kongsi resipi, aku pun terjumpa la....


BAKING SODA atau juga dikenali dengan Sodium Bikarbonat (NaHCO3). Bila baking soda bercampur dengan cecair yang mengandungi asid ia akan mengeluarkan gas karbon dioxida (CO2). Contoh jika baking soda dicampurkan dengan cuka ataupun jus lemon ia akan berbuih. Buih tersebut yang mengeluarkan gas karbon dioxida. Begitu juga yang berlaku jika anda menggunakan baking soda dalam resipi. Jika anda perhatikan, resipi yang menggunakan baking soda sebagai bahan penaik selalunya akan ada bahan asidik yang dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas karbon dioxida yang dapat menolong untuk menaikkan adunan kek tersebut.

Bahan asidik yang terdapat didalam resipi contoh seperti, cuka, jus lemon, tairu dll. Bahan asidik ini juga mungkin terlindung seperti dalam madu dan juga gula hangus. Cream of tartar yang selalu kita gunakan untuk membuat Kek Kukus Buah adalah asid kering yang digunakan dalam resipi, ia tidak dapat bertindak balas dengan baking soda melainkan sehingga ada bahan cecair dimasukkan kedalam adunan.

Bila kita membakar menggunakan baking soda, setelah ia bertindak balas, ia akan mengeluarkan gas carbon dioxida dengan cepat. Dan jika adunan kek itu dibiarkan diluar atau jika adunan tepung dipukul terlalu banyak, bahan penaik akan hilang dan akan menghasilkan kek yang mampat. Baking Soda kalau terlebih juga akan memberi rasa yang agak masin dan jika bahan asid tidak cukup untuk bertindak balas dengan baking soda, kek tidak akan naik dengan sempurna dan juga kek akan mempunyai rasa pahit atau seperti ada kandungan sabun didalamnya kerana baking soda ini tidak dapat bertindak balas untuk mengeluarkan gas carbon dioxida.

BAKING POWDER pula adalah kombinasi baking soda dan beberapa bahan yang lain dan yang paling penting asid kering.

Bila baking powder dicampurkan dengan adunan yang mempunyai bahan cecair, asid kering dan baking soda akan bertindak balas dan mengeluarkan gas karbon dioxida. Ada beberapa jenis baking powder:-

Single-acting baking powder atau juga dikenali dengan BAKING POWDER ada beberapa jenis asid kering dalam kandungannya.

Tartarate baking powders mengandungi cream of tartar (potassium acid tartarate) dan juga tartaric acid. Ini akan mengeluarkan gas dengan cepat bila ia bertindak balas dengan baking soda bila cecair dimasukkan kedalam adunan, dan adunan tepung mestilah dibakar sebaik ia telah disediakan untuk menghasilkan kek yang sempurna.

Double Acting Baking Powder juga tersedia dipasaran. Tindak balas yang pertama akan mengeluarkan gas bila baking soda bercampur dengan cecair asidik. Tindak balas kedua mengeluarkan gas bila adunan dipanaskan dalam oven. Dari segi bahan penaik tindak balas berlaku dua kali, dan selalu double acting baking powder digunakan untuk membuat kuih pau.

setelah aku mengetahuinya, aku rase cam... "oh, begitu rupenye"
tapi pada masa yang same aku rase...ape susah2 nak tau...ikot je la resipi yang dia bg tu...haha.....
tp at least tau la kan ap beza diorang ni yang x berape nak beza :P


ok, tajuk kedua, kalo x larat nak baca leh baca esok :P
ha...skang ni kt cni bnyk kes orang kne hepatitis A...


Apakah hepatitis A??
hepatitis sendiri bermaksud keradangan hati hepar=hati, -itis=keradangan
bhs inggeris inflammation of liver
so hepatitis A ialah keradangan hati yang disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV)


camne boleh dapat hepatitis A ni??
antaranya ialah,
1. makan makanan atau minuman yang disediakan oleh orang yang ada HAV tp x basuh tangan btol2 pas gune tandas O.o
2. makan makanan yang x masak btol2 contohnya ikan yang mungkin hidup kat tempat yang ada pencemaran oleh bahan kumbahan
3. melalui pemindahan darah walaupun jangkitan dengan cara ini adalah sangat jarang berlaku

pendek kata, kebanyakan punca adalah disebabkan oleh makanan dan minuman yang tercemar.. dan x jaga kebersihan dengan btol....

ok...apakah tanda2 orang yang dapat hepatits A ni??
selalunya ramai yang dapat penyakit ni x de symptom pon...ada yang sympton ringan2 dan selalunya wujud selepas 2-6 minggu setelah terjangkit
antara symptom2 nya ialah:
1.loya
2. muntah2 (cam pregnant plak :P)
3. cirit birit (selalunya kat kanak2)
4. demam yang x terok sgt..
5. hilang selera makan
6. ada ruam
7. penat @ kelesuan
8. kuning2 kat mata putih @ kulit
9. air kencing warna coklat pekat cam coke<--sila boikot
10. sakit kt bahagian hati (belah kanan abdomen, btol2 bwh tulang rusuk)

selalunya kalo ada tanda2 ni, ia akan hilang kurang drpd 2 bulan tp mungkin juga lebih lame sehingga 9 bulan..

aahhh...da terkena HepA...camne ni??
ok...menurut sumber, x de penyelesaian yang spesifik untuk penyakit ini
tapi selalunya x perlu ubat pun dia akan hilang sendiri..
tapi mungkin perlukan ubat untuk menghilangkan tanda2 yang telah disebutkan di atas tadi..
jadi jgn risau ye..insyaAllah sembuh sendiri..
tp kalo rase2 da dapat tu jgn biar je...jumpe jgkla doktor secepat mungkin ye..

bagi yang takut terkena HepA ni, bolehla dapatkan vaksin ye..semoga dpt lindung kita...dengan izin Allah..

sumber: emedicinehealth penat ak translate :P
nak sumber lain, leh google sendiri :D

okeh...tu je la kot...lege korang ek....semoga berinfomasi :)

p/s: bagi yang da terinfected, semoga cepat sembuh n bg yg blom, jge makan n jge kebersihan ek..(same la aku ni pon...jgn men bedal je sume)



Labels: , edit post
4 Responses
  1. Anonymous Says:

    bea tu cumel lah~!haha~

    [Reply]

  2. AmalAdhwa Says:

    masuk bakul angkat sendiri...
    ha....cubelah wat..hahahaha

    [Reply]



Post a Comment

  • About Me

    My photo
    I'm a student from Padjadjaran University, Indonesia. Interested in art, j-pop/j-rock, cooking~~ and of course, EAT :D. I'm a future Doctor, InsyaAllah.. Amiiiin...

    Feel Free 2 Add :)

    your Curiosity

    I'm a YUI Lover

    next please